26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Fitnah besar dan dasyat terhadap PN – Wan Saiful

Ayuh, kita bangkit dalam PRN akan datang. Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kita try (cuba) kalih (ubah)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUDUHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perikatan Nasional (PN) menerima dana syarikat judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan sebagai suatu fitnah besar dan dasyat.

Ini terbukti apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan terbabit.

Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan berkata, kerajaan ketika ini dilihat cuba menghasilkan imej dan persepsi buruk terhadap PN kerana mahu menafikan ‘gelombang’ rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pada 5 Disember 2022, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tuduh PN terima dana PRU dari syarikat judi.

“Hari ini (semalam), melalui jawapan Menteri Kerajaan Anwar Ibrahim sendiri mengesahkan tiada bukti PN terima dana syarikat judi.

“Lima bulan berlalu untuk kerajaan ini hasilkan imej dan persepsi buruk terhadap PN. Ini terang-terang fitnah besar dan dasyat sekali! Kerajaan PH-BN ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat pada PRU15,” katanya menerusi Facebook.

Baca juga:   Mangsa banjir di Terengganu berbaki 2,864 orang

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, beliau yakin ia adalah sebahagian dari strategi Pakatan Harapan-UMNO untuk mencipta persepsi buruk terhadap PN dan pemimpin gabungan itu.

“Apa lagi lakonan yang mahu dimainkan oleh kerajaan ini, selain ajak pelajar sekolah dan penjawat awam tonton filem sendiri yang gah sangat itu.

“Selain terus-menerus tidak peduli rintihan suara rakyat, kos sara hidup dan ekonomi tak stabil. Rakyat masih tak lupa janji nak turunkan harga petrol RM1.50.

Baca juga:   55 notifikasi kes keracunan metanol dari 7 negeri diterima

“Ayuh, kita bangkit dalam PRN akan datang. Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kita try (cuba) kalih (ubah),” katanya.

Semalam media melaporkan, siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum ini, Anwar dalam sidang medianya mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya. – Edisi 9

Baca juga:   Ku Li pemimpin 'lapuk' yang sudah hilang sentuhan

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan