25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Nilai ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

Mesti Baca

NILAI ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut.

Dilaporkan mata wang tempatan meningkat kepada 4.365/3995 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa pada 4.4020/4065 pada pagi ini.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kini berlegar ke arah 101.564, menyusut 0.52 peratus.

Beliau berkata, menurut Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) Amerika Syarikat, pembukaan pekerjaan di AS yang turun kepada 9.931 juta pada Februari berbanding jangkaan pasaran sebanyak 10.4 juta menunjukkan pasaran buruh semakin lemah.

“Situasi sedemikian boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS mungkin mengubah pendirian mereka, malah memilih untuk tidak menukar Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada bulan Mei.

“Oleh itu, kami percaya gandingan dolar-ringgit (USDMYR) akan terus meningkat kepada sekitar RM4.39 hingga RM4.40 hari ini,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8194/8227 daripada 4.8118/8167 pada penutup Selasa dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3423/3449 berbanding 3.3135/3171, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4925/4963 daripada 5.5078/5134 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3176/3201 daripada 3.3198/3234 pada penutup Selasa dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.40 daripada 295.40/295.80.

Bagaimanapun, ringgit hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 8.07/8.08 daripada 8.07/8.09 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9412/9561 daripada 12.8612/8800 sebelumnya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan