27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiga muka baharu termasuk ADUN PH dilantik Exco Melaka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu dilantik bagi menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sementara tujuh lagi dilantik semula bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di Melaka.

Daripada 10 Exco yang dilantik, sembilan daripadanya adalah ADUN Barisan Nasional (BN) sementara seorang lagi Exco adalah ADUN Pakatan Harapan (PH) dari DAP.

Tiga muka baharu dilantik Exco Melaka adalah ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan; ADUN Kesidang, Seah Shoo Chin dan ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Fairol Nizam atau Along dilantik sebagai Exco Sainis, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; Shoo Chin (Exco Pembangunan Usahawanm Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna) dan Hameed Mytheen (Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan).

Instiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Advertisements

Sementara itu, ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin dilantik memegang portfolio Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Turut sama adalah ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang dilantik sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan; ADUN Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).

Tiga yang lain adalah ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) dan ADUN Gadek VP. Shanmugam (Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)).

Dua ADUN yang tidak dilantik semula menganggotai Exco Kerajaan Negeri adalah ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan dan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan