32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Piala Itali: Gol penalti Lukaku selamatkan Inter

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUVENTUS dan Inter Milan terikat 1-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Itali di Stadium Allianz di Turin awal pagi tadi.

Pertembungan panas antara dua kelab gergasi Itali itu menyaksikan tiga kad dilayangkan pengadil termasuk dua selepas wisel penamat ditiupkan.

Kelab yang terkenal dengan jolokan The Old Lady itu terlebih dahulu mencipta peluang apabila rembatan Angel Di Maria ditepis keluar Samir Handanovic seawal minit keempat.

Pada minit ke-33 pula menyaksikan giliran Inter berpeluang berada di depan namun percubaan Marcelo Brozovic diselamatkan penjaga gol Juventus, Mattia Perin.

Dusan Vlahovic terlepas peluang sejurus selepas rehat apabila tandukannya hasil hantaran silang Nicolo Fagioli sedikit melewati palang gol.

Advertisements

Juan Cuadrado akhirnya meletakkan juara 14 kali itu di depan apabila melepaskan rembatan menerjah gawang gol yang dikawal Handanovic.

Skuad bimbingan Simone Inzaghi itu kemudiannya bangkit mengasak mencari gol penyamaan dan usaha itu berhasil pada waktu kecederaan di penghujung permainan.

Inter dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan, Gleison Bremer dan peluang itu disudahkan Lukaku untuk mengikat kedudukan 1-1.

Penyerang antarabangsa Belgium itu bagaimanapun dilayangkan kad kuning kedua susulan tindakannya meraikan jaringan secara provokasi di depan penyokong Juventus.

Keadaan menjadi panas selepas wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan Cuadrado dan Handanovic masing-masing dilayangkan kad merah sekali gus terlepas aksi timbal balik di Giuseppe Meazza. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan