32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Trump mengaku tidak bersalah atas 34 tuduhan jenayah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan jenayah.

Beliau didakwa di mahkamah di Manhattan, berkaitan pembayaran ‘wang menutup mulut’ kepada pelakon filem ‘lucah’ Stormy Daniels.

Trump yang berusia 76 tahun mencatat sejarah sebagai bekas Presiden AS yang pertama didakwa di mahkamah.

Memetik laporan Reuters, Trump menyatakan beliau tidak bersalah kepada pemberita.

Advertisements

Sementara itu, peguam Trump Todd Blanche memaklumkan kepada pemberita, anak guamnya sangat kecewa, terkilan dan marah dengan dakwaan yang dibuat ke atasnya.

Hakim menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh pendengaran semula kes.

Sebahagian daripada bukti dakwaan ke atas Trump itu diperoleh melalui rakaman audio pada September 2016.

Sebelum ini, Trump menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai ‘penganiayaan politik’. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan