31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Pogba gagal ujian doping

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah Juventus, Paul Pogba berdepan kemungkinan digantung selama empat tahun selepas diuji positif bagi testosterone dalam ujian yang dilakukan pada awal musim.

Pogba yang kembali ke Juventus dari Manchester United pada Julai tahun lalu dikesan positif selepas perlawanan Serie A menentang Udinese pada 20 Ogos namun dia tidak turun beraksi dalam perlawanan tersebut.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu kini digantung Tribunal Anti-Doping Kebangsaan dan hanya mempunyai tiga hari bagi memohon sampel B.

Difahamkan, penggantungan bagi kes seperti ini adalah empat tahun maksimum dengan penggantungan awal dua tahun dijangka ditetapkan.

The Old Lady dalam pada itu mengesahkan Pogba digantung sementara menerusi kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

“Juvetus mengumumkan hari ini, 1 September 2023, pemain, Paul Labile Pogba menerima arahan penggantungan sementara daripada Tribunal Anti-Doping Kebangsaan susulan keputusan ujian yang diadakan 20 Ogos lalu.

“Kelab mempunyai hak untuk mempertimbangkan langkah seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Pogba mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak atas dakwaan peras ugut dan ancaman daripada gangster yang diketuai abangnya, Mathias.

Abangnya dipenjara selama tiga bulan antara September hingga Disember lalu kerana disiasat bersama empat yang dalam kes cubaan peras ugut. – Edisi 9

Terkini

Mahkamah batalkan kemenangan Che Alias di Kemaman

MAHKAMAH Petisyen Pilihan Raya Kuala Terengganu membuat keputusan kemenangan calon Pas, Che Alias Abdul Hamid bagi Parlimen Kemaman dalam...

Lagi Artikel Berkaitan