30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Live In Concert: Radja di ibu kota, tampilkan ratu rock Ella

Mesti Baca

DEMAM rock yang melanda negara baru-baru ini masih belum reda dan bagi terus merasai kehangatannya, band rock legendaris dari Indonesia, Radja bakal mengadakan konsert mereka di sini.

Dianggotai oleh Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram), kumpulan itu akan bergabung bersama Ratu Rock Negara, Ella.

Mereka bakal disatukan dalam sebuah konsert di tengah-tengah ibu kota melalui ‘Live In Concert : Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmy)’ yang akan berlangsung pada 12 November, jam 7 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert itu dibawakan khas oleh penganjur konsert Malaysia yang tidak asing lagi, Orange International Entertainment.

“Rindu rasanya untuk bertemu kembali dengan peminat-peminat di Malaysia selepas sekian lamanya dan ini bukan kali pertama Radja datang ke Malaysia.

“Sebelum ini kami pernah menjejakkan kaki ke Malaysia seawal tahun 2004 dan 2005 dan setiap kali mengadakan persembahan selalunya berjaya,” kata Ian.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dan juga peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” kata Moldy pula.

Bukan sahaja Radja, malah Ratu Rock Ella juga bakal beraksi di pentas yang sama.

Advertisements

“Ini adalah idea yang sudah lama diutarakan bahawa kami ingin berkolaborasi dengan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella dalam sebuah pentas dan pihak penganjur konsert berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Seno.

Pengasas dan CEO Orange Entertainment, Datuk Fazli berkata, sebelum ini, mereka pernah membawakan kumpulan Ungu menjayakan konsert di sini pada penghujung tahun lalu.

“Kali ini kami bawakan anda band rock Indonesia termasyhur, Radja dalam sebuah konsert gilang-gemilang bersama Ratu Rock Ella buat tatapan peminat-peminat rock di Malaysia.

“Kami menyahut baik permintaan Radja yang mahukan Ella untuk turut serta bersama-sama mereka di pentas yang sama.

“Saya berharap peminat rock Indonesia dan Malaysia akan terhibur dan jangan lupa membeli tiket konsert sebelum terlambat,” katanya.

“Radja hanya mahu melepaskan rindu bersama peminat-peminat di Malaysia dan mari kita sama-sama ‘enjoy’ pada malam konsert itu nanti, jumpa anda di Kuala Lumpur,” kata Ian pula.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan