25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

United pertimbang bawa masuk El Ghazi ke Old Trafford

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United sedang mempertimbang untuk membawa masuk bekas pemain sayap Aston Villa, Anwar El Ghazi ke Old Trafford.

Ini susulan masa depan tidak menentu dua pemain sayap kanan Red Devils, Jadon Sancho dan Antony sekali gus membuatkan pengurus, Erik Ten Hag pening kepala.

El Ghazi yang dilepaskan kelab Belanda, PSV Eidhoven secara persetujuan bersama minggu lalu boleh menyertai United di luar jendela perpindahan kerana statusnya kini ejen bebas.

Pemain sayap berusia 28 tahun yang pernah beraksi untuk Ajax Amsterdam dan Everton itu dilihat hadir menyaksikan pertemuan antara United Arsenal di Stadium Emirates, minggu lalu.

Difahamkan, El Ghazi turut mendapat tawaran daripada kelab-kelab di Arab Saudi namun tawaran beraksi semula di Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya membuatkan pemain itu mempertimbangkan masa depannya.

Advertisements

Antony direhatkan sementara United susulan dakwaan menyerang tiga wanita sementara itu hubungan antara Sancho dan Ten Hag retak dan didedahkan pemain sayap itu baru-baru ini.

Ten Hag dilapor telah mengadakan perbincangan dengan Sancho semalam sejak pemain itu melabel pengurusnya ‘penipu’ di sosial media.

Ini selepas pengurus United itu memberitahu media bahawa Sancho tidak disenaraikan dalam aksi menentang Arsenal kerana gagal menjalani latihan dengan baik.

Sementara itu, di media sosial, penyokong Red Devils menuntut Ten Hag memberi peluang kepada pemain muda, Facundo Pellistri berbanding mendapatkan El Ghazi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan