29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Serie A: Juventus mudah atasi Udinese

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Itali, Juventus seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi Udinese apabila menang 3-0 di Stadium Friuli, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Federico Chiesa.

Gol tersebut terhasil apabila Dusan Vlahovic berjaya memintas hantaran pemain Udinese sebelum mengumpan bola kepada Chiesa dan kemudiannya disudahkan pemain sayap Itali itu.

The Old Lady kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas hantaran silang Alex Sandro terkena tangan pertahanan Udinese, Festy Ebosele.

Penyerang, Dusan Vlahovic yang ditugaskan mengambil sepakan tidak berdepan masalah apabila menyepak masuk bola ke arah bertentangan penjaga gol, Marco Silvestri.

Advertisements

Andrien Rabiot meledak gol ketiga Juventus menerusi tandukan pada waktu kecederaan babak pertama sekali gus menjadikan kedudukan 3-0.

Lecce mencatat kebangkitan lewat permainan apabila menewaskan Lazio, awal pagi tadi. – Edisi9/Lecce

Sementara itu, naib juara Serie A musim lalu, Lazio berdepan skrip berbeza apabila tewas mengejut 2-1 kepada Lecce.

Ciro Immobile meletakkan Lazio 1-0 di depan pada minit ke-26 dalam aksi yang berlangsung di Stadio Comunale Via del Mare itu.

Namun, Lecce yang tidak pernah menang dalam mana-mana perlawanan pembukaan Serie A bangkit meledak dua gol menerusi Pontus Almqvist pada minit ke-85 dan Federico Di Francesco (87′). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan