27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Datuk K beri keterangan kes Ahmad Zahid

Mesti Baca

SUAMI kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik laporan Berita Harian, Khalid yang juga dikenali sebagai Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada jam 8.46 pagi tadi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan.

Seramai tujuh saksi bagi pihak Ahmad Zahid sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini.

Ahmad Zahid, 70, dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Advertisements

Presiden UMNO itu didakwa dengan 12 tuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan tuduhan rasuah iaitu menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga didakwa dengan 27 tuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung berhubung pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan