25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Anwar selamat jalani pembedahan kecil gigi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan kecil gigi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau kini berada di bawah pemantauan doktor sehingga pagi ini.

“Ingin dimaklumkan bahawa saya telah menjalani prosedur pembedahan kecil gigi petang tadi di HKL.

“Buat masa ini saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi (hari ini), insya-Allah,” katanya malam tadi.

Advertisements

Sementara itu, berita tersebut mendapat reaksi daripada rakyat yang rata-ratanya mendoakan supaya Perdana Menteri kembali sembuh.

“Semoga cepat sembuh. Kami rakyat mendoakan kesihatan kamu dan akan meneruskan kepimpinan negara Malaysia,” kata pengguna Facebook, Abdul Aziz Mydin.

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Zackdin Zainol mendokan kesihatan Anwar.

“Semoga DSAI sentiasa dibawah lindungan Allah. Kami amat perlulakn Datuk Seri untuk pulihkan kembali Malaysia,” tulisnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan