26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Serie A: Gol tunggal Giroud bawa Milan ke UCL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC MILAN mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Juventus, 1-0 di Stadium Allianz awal pagi tadi.

Penyerang veteran, Olivier Giroud menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40 bagi memastikan Rossoneri berada di kedudukan terbaik Serie A, enam mata mengatasi pasukan di tangga kelima, Atalanta.

Kemenangan itu meletakkan Milan lapan mata berbanding Juventus yang ditolak 10 mata, bagaimanapun skuad Bianconeri itu masih membuat rayuan berhubung kesalahan laporan kewangan kelab.

Juventus merupakan satu-satunya kelab yang mampu mencabar kedudukan Milan namun impian itu musnah selepas penolakan mata dan kekalahan mengejut 4-1 kepada Empoli minggu lalu.

Milan yang bertandang ke Turin dengan misi mengutip sekurang-kurangnya satu mata berada di depan pada penghujung babak pertama apabila Giroud menanduk masuk hantaran Davide Calabria untuk menewaskan Wojciech Szczęsny.

The Old Lady berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan voli Danilo yang berpunca daripada sepakan penjuru, namun percubaan itu dikeluarkan dari atas garisan gol oleh Pierre Kalulu.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat sekali gus memberikan peluang Milan beraksi di UCL musim depan.

Sementara itu, bekas pengedali Tottenham Hotspurs, Antonio Conte dilihat berada di tempat duduk penonton sekali gus menguatkan spekulasi beliau akan menggantikan Massimiliano Allegri.

Ini kerana Juventus gagal memenangi sebarang trofi dalam dua musim ini. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan