30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bintai Kinden rayu PM campur tangan isu projek Unimel

Syarikat merayu kepada Perdana Menteri berhubung penyelesaian bayaran yang terhutang berjumlah RM48.9 juta oleh kerajaan negeri Melaka yang boleh menjejaskan penyelenggaraan kampus UNIMEL.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BINTAI Kinden Corporation Berhad (Bintai Kinden) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan isu projek pembinaan blok asrama bagi Universiti Melaka (Unimel) yang dihadapinya.

Pengarah Eksekutifnya, Azri Azerai berkata, pihaknya kini menjadi mangsa status PN17 ekoran kegagalan Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad (KTIMB) menangani hutang berjumlah RM49.8 juta kepada pihaknya.

Ekoran itu, kata beliau, Binten Kinden kini berdepan tindakan kerajaan negeri Melaka berhubung projek tersebut susulan kegagalannya mendapat kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM109 juta.

“Kami juga telah menghantar pelbagai peringatan kepada KTIMB serta Ketua Menteri Melaka Diperbadankan (CMI Melaka) mengenai perkara ini. 

“Bintai Kinden telah membayar hutang kepada MBSB (Bank Berhad) sebanyak RM18.6 juta dari Mac 2021 hingga Disember 2022 membabitkan kemudahan pembiayaan walaupun hanya mengutip RM3.7 juta daripada KTIMB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata, pihaknya berdepan Klasifikasi Perenggan 2.1(f) Nota Amalan 17 (PN17) selepas MBSB mengeluarkan notis penamatan bertarikh 29 Mac lalu kepada Bintai Kinden sebagai penjamin korporat dan anak syarikat milik penuhnya, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) sebagai peminjam.

Advertisements

Katanya, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan demi kepentingan pelajar-pelajar Unimel memandangkan pihaknya telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan projek pembinaan kampus tersebut.

Untuk rekod, KTIMB selaku pengendali Unimel, telah memberikan kontrak melalui perjanjian konsesi kepada OPM pada awal 2016 bernilai RM121.0 juta untuk membina penginapan pelajar di kampus universiti itu. 

Perjanjian konsesi 25 tahun itu terdiri daripada tiga tahun pembinaan dan 22 tahun perkhidmatan penyelenggaraan di mana KTIMB diwajibkan membayar OPM untuk penyelenggaraan penginapan kampus. 

“OPM telah mengambil kemudahan pembiayaan Islam bertempoh 17 tahun sebanyak RM109 juta dengan MBSB untuk membiayai sebahagian projek penginapan kampus Unimel, yang telah siap pada 2019,” katanya.

Sementara itu, Azri memberi jaminan masalah yang dihadapi pihaknya dengan KTIMB tidak menjejaskan kepentingan perniagaannya yang lain termasuk berkaitan mekanikal, kejuruteraan serta minyak dan gas.

Katanya, syarikat masih mempunyai jumlah buku pesanan yang belum dibilkan berjumlah RM142.95 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan