Friday, July 24, 2026

Ketua Menteri Melaka angkat sumpah esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UPACARA mengangkat sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Melaka baharu akan dijadualkan diadakan esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari berkata, surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah diterima Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Katanya, berdasarkan Perenggan (a) Fasal 2, Perkara 7 Perlembagaan Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 adalah dijadualkan berlangsung pada 31 Mac 2023, Jumaat di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pukul 3 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka bertiup kencang selepas nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dikhabarkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman dan memaklumkan akan mempersembahkan nama beberapa calon kepada Mohd. Ali dalam masa terdekat. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan