26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Melaka sasar tanpa pembangkang – Ab Rauf

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) menyertai kerajaan perpaduan di negeri itu sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan di Sidang Dewan Undangan Negeri pada Julai depan.

Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, Melaka bakal mencatat sejarah sebagai negeri pertama ‘sifar’ pembangkang jika perkara itu menjadu kenyataan.

“Saya berharap daripada 28 kerusi di dalam DUN, kita dah ada lebih 26 kerusi ADUN kerajaan. Kita (Barisan Nasional) menang 21 kerusi, lima daripada blok Pakatan Harapan (PH) iaitu empat DAP, satu Amanah (Parti Amanah Negara).

“Kita hanya tinggal dua orang pembangkang (dan) saya sasar sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan, negeri Melaka akan ‘zero’ pembangkang.

“Saya harap mereka mahu ‘menyeberangi jambatan’ menyertai kami (kerajaan perpaduan) dan kalau itu berjaya, sayalah manusia paling bahagia di Melaka,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Majlis Berbuka Bersama Media pada malam tadi.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, 21 dimenangi Barisan Nasional (BN), lima Pakatan Harapan (PH) dan dua PN pada Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada 20 November 2021.

Melaka mempunyai dua ADUN pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN)
iaitu Dr Yadzil Yaakub bagi kerusi Bemban dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

Untuk rekod, hanya tujuh negeri menguatkuasakan undang-undang lompat partii aitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan