30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jadi pembangkang lagi ‘syiok’ dari kerajaan – Shahrir

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENJADI pembangkang di negara ini lebih ‘syiok’ berbanding mentadbir kerajaan, sindir Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, ketika dalam blok pembangkang tugas mereka hanyalah memutar belit, menghasut dan memfitnah apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Kenyataan beliau dipercayai ditujukan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang tidak berpuas hati dengan parti pembangkang, Perikatan Nasional (PN) yang dilihat sering mempertikaikan usaha dibuat kerajaan.

“Itu yang syioknya jadi Kerajaan di negara kita ini! Kalaulah ada buat sesuatu yang baru.

“Lagi syiok jadi Pembangkang. Apa pun yang dibuat oleh kerajaan, putar belit je. Hasut. Fitnah,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.

Advertisements

Selain itu, beliau tidak menafikan bahawa kerajaan ada juga meniru dan menjenamakan semula idea pentadbiran sebelum ini.

“Kerajaan ada juga ‘copy paste’. Rebrand je. Tak ori,” ujarnya.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata, segala usaha kerajaan ketika ini dalam memulihkan kembali ekonomi negara sering dipertikaikan segelintir pihak.

Katanya, semua inisiatif kerajaan juga tidak disambut baik oleh pihak berkenaan yang dipercayai ditujukan kepada Perikatan Nasional (PN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan