29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Anwar imbau sejarah dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“DI sinilah kerusi saya duduk sebelah Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) waktu dipecat 25 tahun dulu,”kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian mengimbau sejarah hitam pemecatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, ketika dibawa meninjau Dewan Persidangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

Perkara itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebooknya.

Terdahulu Anwar dibawa ke bilik itu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bermula.

“Waktu itu Datuk Seri Zahid merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Siapa sangka selepas 25 tahun, beliau (Anwar) kembali semula ke Bilik Mesyuarat MKT UMNO tetapi kali ini selaku Perdana Menteri.

“Demikianlah putaran roda-roda kehidupan yang ada ketikanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah sebagaimana firman Allah dalam ayat 140 Ali-Imran,”katanya.

Justeru, Asyraf Wajdi mengingatkan semua pihak supaya jangan seseskali angkuh dan sombong hingga lupa daratan ketika berjawatan.

Advertisements

“Sebab itulah ketika berada di atas jangan sesekali angkuh dan sombong hingga lupa daratan kerana tidak selamanya kita kekal pada kedudukan itu.

“Demikian juga keadaanya jika ditakdirkan kita berada di bawah, jangan pula rasa kerdil diri dan terhina hingga hilang pedoman kerana tidak pula bermakna kita tidak mampu bangkit kembali,” katanya.

Untuk rekod, MKT UMNO pada 4 September 1998 sebulat suara memutuskan memecat Anwar daripada parti itu.

Perkara tersebut diumumkan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.

Beliau juga turut dilucutkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam Kabinet Dr Mahathir.

Pada 1999, Anwar dipenjarakan selepas disabit atas kesalahan rasuah dan liwat, tuduhan yang dipercayai bermotifkan politik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan