26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Cabul pelancong ketika selam skuba, pembantu jurulatih ditahan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang pembantu jurulatih selam skuba selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China, di Semporna, Sabah, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintendan Arif Abdul Razak berkata, suspek lelaki itu merupakan warga tempatan berusia 27 tahun.

Suspek ditahan di sebuah penginapan atas air, selepas mangsa membuat laporan jam 10.03 pagi, Sabtu lalu.

Menurut Arif, berdasarkan keterangan mangsa yang berumur 25 tahun itu, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari Jumaat lalu.

Advertisements

“Mangsa mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) ketika melakukan aktiviti selam skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebaik laporan dibuat, mangsa kemudiannya bergerak ke Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asal.

Jelasnya lagi, suspek yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba itu ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan reman telah dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan