31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas ditahan polis kerana disyaki memuat naik hantaran di Facebook bersifat provokasi dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek polis turut berjaya merampas dua buah telefon bimbit.

“Suspek disyaki memuat naik tiga posting Facebook yang bersifat provokasi dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam,”katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Menurutnya, kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan

“Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Noorsiah berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga Rabu ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak menyalahguna media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan