32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kemuka bukti PM campur tangan isu DNAA Zahid – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang mengemukakan bukti bahawa beliau campur tangan berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pendakwaan jenayah.

Perdana Menteri, dalam masa sama turut menafikan campur tangan beliau dalam keputusan terbabit.

Anwar berkata keputusan untuk memohon DNAA dibuat Peguam Negara (AG) ketika itu, Tan Sri Idrus Harun yang juga dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.

“Apa bukti saya campur tangan, AG  itu dipilih ketua YB (Muhyiddin)… saya tanya apa alasan kukuh DNAA ini. SPRM jawab siasatan diteruskan kalau ada bukti kukuh didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Advertisements

Menurut Perdana Menteri, perkara itu telahpun dijelaskan melalui 11 alasan yang dikemukakan Peguam Negara.

“Keputusan dibuat oleh AG yang dilantik Pagoh… dia bagi alasan cukup kuat…kalau saya jelaskan 11 alasan itu umpama saya terlibat sebab itu saya serah kepada AG,” katanya.

Ujar beliau lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pun telah jelaskan perkara 145 (3).

“Ia tidak memuaskan semua pihak kerana mereka menyatakan ini sesuatu yang baharu, seolah-olah Perdana Menteri campur (tangan),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan