28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Perdana Menteri perjelas isu harga minyak turun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan janji untuk menurunkan harga minyak adalah dicapai ketika beliau bersama Pakatan Rakyat (PR) yang didalamnya terdapat PKR, DAP dan Pas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika kenyataan itu dikeluarkan pada 2018, harga minyak di Arab Saudi hanya 50 sen seliter.

Katanya, ketika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, harga minyak di negara ini dinilaikan pada RM2.21 sementara Arab Saudi (RM2.19).

“Sekarang 2023, harga minyak di Arab Saudi RM2.84, berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05.

“Jadi kita ambil ini bahawa kenaikan atau penurunan minyak (berlaku), maknanya harga minyak kita masih rendah.

Advertisements

“Sekarang di Bunei RM1.84. Oleh itu, untuk terus menggunakan komen dan hujah yang dibuat bersama PR tidak semuanya tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Jengka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bangun mencelah dan menafikan dengan kenyataan Perdana Menteri tersebut.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohammad Sabu menambah beliau merupakan Timbalan Presiden Pas sementara Tuan Ibrahim bukan pimpinan Pas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan