32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pembangkang seperti ‘langau’ politik – Salahuddin

Pembangkang sepatutnya menggunakan sesi sidang Parlimen yang bermula esok dengan mengemukakan usul undi tidak percaya jika benar sudah mempunyai cukup sokongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBANGKANG disifatkan seperti ‘langau’ politik kerana hanya membuat ‘bising’ mengenai keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tidak mengambil peluang membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu, di Parlimen.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, pembangkang sepatutnya menggunakan sesi sidang Parlimen yang akan bermula esok dengan mengemukakan usul undi tidak percaya jika benar sudah mempunyai cukup sokongan.

Jelas beliau, Perdana Menteri sebelum ini mencabar secara terbuka untuk pembangkang membawakan usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Datuk Seri Anwar dengan berani dan secara terbuka telah mencabar mereka. Sepatutnya, mereka (pembangkang) menggunakan peluang pada sidang Parlimen dengan membawa usul tersebut.

“Bila mereka tidak membawa usul ini, saya boleh tafsirkan mereka seperti ‘langau-langau’ politik sahaja,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Metrologi 2023, di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Anwar beberapa kali mencabar pembangkang supaya membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen bulan ini, jika mereka yakin mempunyai jumlah sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen.

Cabaran itu dilontarkan susulan spekulasi mengenai jumlah sokongan Ahli Parlimen kepadanya menjadi polemik, selepas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman, memberi bayangan mengenai gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan