27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sangat janggal, gambar bekas pemimpin UMNO ‘hilang’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SANGAT janggal,” itu kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada 14 Mei lalu.

Ini kerana bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, penjelasan kepada akar umbi parti itu perlu diberikan mengenai hubungan yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai UMNO.

“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan, tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri.

“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan kerana secara peribadi, apabila gambar bekas-bekas pemimpin (UMNO) kita yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti dihilangkan di dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa itu tidak kena.

“Dan saya bersama-sama warga Sembrong dalam majlis rumah terbuka Hari Raya, ini semua merupakan soalan-soalan yang mereka tanyakan kepada saya,”katanya dalam muat naik di Instagram hari ini, memetik laporan Astro Awani.

Perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei itu dianggap bersejarah kerana selama 77 tahun UMNO bergerak bersendirian sebelum pada 24 Nov 2022 ia mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan itu sekali gus menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengesyoran dan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Gabungan ini terbentuk selepas selesai proses Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 dan keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada awal pagi 20 November 2022.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan