24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Najib enggan ulas, gambar tular ada isteri baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARI ini kecoh di media sosial apabila seorang individu mendedahkan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai isteri baharu.

Dalam hantaran tersebut, individu itu, Salim Iskandar turut memuat naik foto mesra Najib berdiri dengan tangannya dirangkul wanita berkenaan yang dikenali sebagai Shimah.

Salim Iskandar mendakwa, wanita bersebelahan itu merupakan bekas pramugari dan dikenalkan kepada Najib menerusi abangnya dikenali sebagai Zaini.

Wanita itu juga didakwa saudara kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Tourism Exchance (MATEX) ketika entiti itu di bawah Hamzah Zainuddin sebagai pengerusi.

Wanita berkenaan adalah bekas isteri komposer, Fauzi Marzuki.

Tangkap layar perkongsian ciapan di Twitter Salim Iskandar.

Terdahulu, Najib enggan mengulas mengenai gambar yang tular di media sosial.

“No, no, no, no,” katanya ringkas.

Beliau ditemui media terus berjalan ke arah keretanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan dia dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam meminda laporan audit firma pelaburan negara itu.

Advertisements

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan