33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Tiga pekerja binaan melecur, kotak suis terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA pekerja pembinaan melecur selepas sebuah kotak suis tiba-tiba terbakar di sebuah tapak pembinaan sekitar Jalan Damanlela, Bukit Damansara di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, ketiga-tiga mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50 hingga 80-an.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.26 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Sri Hartamas ditugaskan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan pemanggil, kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di tapak pembinaan berkenaan.

“Tiga mangsa telah melecur sehingga 80 peratus pada bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya lapor Kosmo!.

Mengulas lanjut, kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”katanya.

Baca juga:   Najib sahkan Sulaiman Ketua Menteri, bukan Rauf

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan