31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Dr Kamarul Zaman mampu jalankan tugas pegawai khas – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang dilantik sebagai pegawai khasnya dalam soal dasar mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman serta kepakaran Kamarul Zaman sebagai pensyarah dan pelantikan itu tidak seharusnya menjadi isu.

“Dia seorang yang berpengalaman dari segi kepakaran dia dalam bidang yang kita beri.

“Saya percaya dia boleh melaksanakan (tanggungjawab itu), (tetapi) timbul isu daripada parti lain.

“Jadi, saya memilih orang yang saya fikirkan layak. Kalau parti lain memikirkan tidak layak, tidak bermakna saya akan mengikut apa yang disebut oleh parti-parti lain. Jadi, kita telah buat penilaian, dia layak dan saya ambil dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.

Baca juga:   PM umum pengecualian duti setem pembelian rumah pertama

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kamarul Zaman yang juga pensyarah kanan di Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia menjelaskan beliau menjadi pegawai khas sejak Disember tahun lalu tetapi tidak ingin menonjolkan diri.

Pelantikan itu hangat diperkatakan beberapa portal hari ini walaupun beliau sudah memegang jawatan berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO itu berkata, parti berkenaan belum membuat keputusan mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai bersama PAS memandangkan tiada sebarang mesyuarat berhubung perkara itu dilakukan.

Baca juga:   Konsep Tasamuh harus jadi perkara utama Keluarga Malaysia - PM

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu...

Lagi Artikel Berkaitan