25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Polis terima laporan terserempak harimau di Kemensah Heights

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan ada menerima laporan orang awam yang mendakwa terserempak dengan seekor harimau di kawasan perumahan Kemensah Heights dekat sini, pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, saksi telah membuat laporan di Balai Polis Melawati pada pukul 12.40 tengah hari.

Sehubungan itu menurutnya, pihak polis telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau tersebut.

“Pukul 4 petang tadi, pihak Perhilitan Selangor yang sampai ke tempat kejadian dan sudah berusaha menjejak harimau terbabit, tetapi tidak berjaya memandangkan maklumat diperolehi tidak begitu jelas.

“Pihak Perhilitan juga tidak menemui sebarang jejak ataupun kesan tapak kaki haiwan liar tersebut,” katanya hari ni.

Ujar Mohamad Farouk lagi, Perhilitan masih lagi berada di tempat kejadian dalam usaha mengesan harimau terbabit.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tiada laporan harimau terlepas dari Zoo Negara seperti mana yang didakwa sesetengah individu

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai yang terserempak atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil untuk memberikan kerjasama.

“Pihak Zoo Negara juga telah dimaklumkan dan mengesahkan tiada kes harimau terlepas dari Zoo berkenaan.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial berkenaan dakwaan seorang pengawal keselamatan telah menemui seekor harimau berdekatan sebatang tiang lampu di Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height pada pukul 12.45 pagi.

-EDISI9

Terkini

Rumah terbuka: KPKM jamin bekalan makanan asas mencukupi

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas mencukupi sepanjang bulan Syawal ini. KPKM dalam kenyataannya...

Lagi Artikel Berkaitan