29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MB Johor menyamar jadi orang awam, naik bas ke Singapura

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat membuat pendekatan lain dari yang lain apabila menyamar sebagai orang awam untuk melihat sendiri proses memasuki Singapura dari bandar raya Johor Bahru, hari ini.

Malah Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu membuat kejutan memasuki republik berkenaan menggunakan bas awam secara sendiri.

“Hari ini saya berada di JB Sentral, nak pergi ke Singapura naik bas, dan kembali semula (ke Johor Bahru) naik bas. Saya nak tengok sendiri keadaan dan servis di sini.

“Apa yang perlu dibuat penambahbaikan daripada segi perkhidmatan di sini, Insya-ALLAH,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

Perjalanan MB Johor itu dimaklumkan dengan menaiki bas dari Terminal Bas JB Sentral serta menggunakan kaedah pengembara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor).

Untuk rekod, sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura telah dibuka sepenuhnya bermula 1 April lepas yang mana dilihat begitu memberi manfaat khususnya kepada pengguna perjalanan darat antara kedua-dua negara.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Facebooknya, Onn Hafiz selaku MB Johor yang baharu turut menggunakan pelbagai pendekatan berlainan untuk turun padang melihat sesuatu isu.

Antara lainnya, pendekatan itu termasuklah memandu sendirian di sekitar Bandar Raya Johor Bahru untuk melihat proses pembangunan yang dilaksanakan selain meninjau isu semasa berkaitan rakyat.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan