27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Polis tahan empat penyokong Selangor FC, Perak FC merusuh

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan antara penyokong Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahya Hassan berkata, video tular di aplikasi WhatsApp dikesan menunjukkan kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan bola sepak itu.

Katanya, kekecohan itu berlaku pada jam 9.17 malam tadi semasa perlawanan Liga Super antara tuan rumah Perak FC dengan pasukan pelawat Selangor FC.

“Keadaan dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas di tempat kejadian dan seramai empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 26 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kekecohan itu.

“Ujian saringan air kencing ke atas seorang daripada tangkapan mendapati positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambahnya, kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis ingin menyeru orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat video atau gambar mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 membantu mengesan penyokong-penyokong yang terbabit dalam kekecohan itu,” ujarnya.

Semalam, sebuah video tular menunjukkan beberapa penyokong dilihat bertumbuk aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi sebelum pihak polis bertindak mengawal keadaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan