25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Insiden bakar al-Quran: Polis, penunjuk perasaan bergaduh

Mesti Baca

INSIDEN pergaduhan membabitkan kumpulan yang menghalang serangan terhadap al-Quran dan pihak berkuasa menyebabkan tiga pegawai polis cedera manakala tiga individu ditahan.

Pemimpin gerakan Patriotic Europeans Against the Islamization of the West (PEGIDA), Edwin Wagensveld yang merancang pembakaran al-Quran itu diletakkan di bawah perlindungan polis.

Tiga individu terbabit ditahan kerana gagal mematuhi arahan ditetapkan bagi demonstrasi aman.

Polis berkata, kumpulan penunjuk perasaan menentang pembakaran al-Quran dirancang PEGIDA yang mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan di Arnhem.

Kumpulan itu juga cuba campur tangan menyebabkan demonstrasi terbabit terhenti.

Sementara itu, Datuk Bandar Arnhem, Ahmed Marcouch, berkata Belanda tidak mengenakan sebarang larangan untuk membakar kitab suci.

Beliau menjelaskan kekerasan tidak dapat diterima biarpun ketetapan terbabit mungkin memberi kesan kepada orang ramai.

Advertisements

Di Belanda, datuk bandar mempunyai kuasa untuk melarang perhimpunan, sekiranya beranggapan ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Seorang ahli majlis dari Parti Denk di Arnham, Yildirim Usta, dalam kenyataan pula mengkritik Ahmed kerana membenarkan permohonan PEGIDA untuk membakar al-Quran.

Yildrim turut mengkritik serangan PEGIDA terhadap al-Quran, selain menyifatkannya sebagai jenayah kebencian yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara.

Beliau menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran tindakan polis mengendalikan penunjuk perasaan Muslim dan mengumumkan rancangan untuk mengambil inisiatif di majlis perbandaran bagi langkah lebih berkesan menentang jenayah kebencian.

Polis sebelum ini, dilapor akan campur tangan ke atas serangan al-Quran dilakukan Wagensveld pada 2022 dan 2023 susulan larangan pembakaran terbuka mengikut peraturan ketenteraman awam dan keselamatan.

Wagensveld sebelum ini, dilapor mengoyakkan al-Quran ketika dia berada di bawah perlindungan polis, di hadapan bangunan sementara parlimen Belanda di The Hague pada 22 Januari 2023, manakala sekali lagi secara sendirian pada perhimpunan di Utrecht pada 13 Februari tahun yang sama.

PEGIDA merancang membakar al-Quran di Rotterdam pada 22 Oktober 2022 dan ia berakhir dengan penahanan Wagensveld. -Agensi

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan