30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bergaduh dengan jurulatih, Jordan hantar pulang Al-Dardour

Mesti Baca

SELEPAS bergaduh secara terbuka dengan jurulatih, Hussein Ammouta, Jordan menghantar pulang penjaring terbanyak mereka, Hamza Al-Dardour susulan kemenangan ke atas Iraq di pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023, kelmarin.

Dardour yang menjaringkan 35 gol unuk negaranya bergaduh dengan Ammouta di tepi garisan pada masa kecederaan selepas menang 3-2 ke atas Iraq di Doha.

Pengadil melayangkan kad merah kepada pemain berusia 32 tahun itu, walaupun tidak dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dalam satu kenyataan, Jordan berkata, Dardour ‘melanggar arahan pasukan’.

Advertisements

Rakaman video menunjukkan penyerang itu ditenangkan rakan sepasukan selepas berbalah dengan Ammouta.

Dardour dimasukkan dua kali sebagai pemain gantian ketika aksi Jordan di peringkat kumpulan menentang Malaysia dan Bahrain.

Kehebatannya termasuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan ketika menentang Palestin di Piala Asia 2015.

Jordan akan berdepan Tajikistan di suku akhir, Jumaat ini. -Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan