28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Piala Asia: Jurang Malaysia dan Jordan terlalu jauh

Mesti Baca

JORDAN membuktikan bahawa Malaysia bukanlah tandingannya apabila mudah menjinakkan anak buah Kim Pan-gon 4-0 dalam aksi Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar pagi ini.

Jordan memberikan igauan ngeri kepada skuad Harimau Malaya apabila apabila mencetak tiga gol pantas dalam separuh pertama menerusi penyudah Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-12 dan 32 sementara Musa Al-Taamari pada minit ke-18.

Malaysia beraksi lebih baik selepas Pan-gon memasukkan beberapa pemain iaitu Shahrul Saad, Mohamadou Sumareh, Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dalam babak kedua.

Harimau Malaya dapat mengatur gerakan menarik tetapi belum cukup untuk menembusi pertahanan ampuh Jordan yang turut dibantu bahagian tengah yang pantas memberi tekanan.

Advertisements

Apa pun, sepakan lintang membuatkan penyerang negara bergelut untuk menerima umpanan di dalam kotak penalti.

Paulo Josue dan Safawi juga memiliki kesempatan terbaiknya tetapi sepakannya tepat ke arah penjaga gol.

Sebaliknya, Musa Al-Taamari mengukuhkan reputasinya sebagai penyerang di Montpellier apabila membuat larian dari tengah untuk melepasi perangkap ofsaid untuk melepaskan sungkitan yang memperdayakan Syihan Hazmi pada minit ke-85.

Keputusan itu meletakkan Jordan di tangga teratas Kumpulan E di depan Korea Selatan yang menundukkan Bahrain 3-1 manakala keputusani itu meletakkan Malaysia dalam situasi sukar untuk meneruskan kemaraan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan