27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Faizal Ismail nafi dakwaan bernikah lagi

Mesti Baca

PENYAMPAI Radio Zayan FM, Faizal Ismail menafikan dakwaan dia berkahwin lagi seperti yang ditularkan seorang lelaki yang mengaku sebagai saksi, dalam sebuah video.

Faizal, 47, berkata, semua itu tidak berlaku ia hanya sekadar gurauan dan usikan semata-mata.

“Saya boleh katakan, tidaklah. Saya ini banyak bercerita, bergurau dengan kawan-kawan. Tetapi, secara jujurnya tidak berlaku perkara itu.

“Mungkinlah ada cakap-cakap di belakang sebab saya baik dengan orang-orang tertentu. Tapi, untuk langsungkan secara sah, tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Makan Malam Kasadaran Amal Al-Muqwa di ibu kota, semalam.

Mengulas mengenai video pengakuan lelaki yang menjadi saksi berkenaan, Faizal berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu dan tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan undang-undang.

“Saksi itu sebenarnya, ketika itu saya bersama dengan ustaz lain dan memang ada benda-benda tidak menyenangkan berlaku pada ketika itu, ketika pakej umrah. Menyebabkan ada yang menggunakan cara-cara tertentu untuk menjatuhkan saya.

“Tidak saya nafikan, syarikat itu sebenarnya memang dalam masalah ketika itu. Saya turut mengalami tekanan pada masa itu, boleh dikatakan saya tidak ada hubungan baik dengan agensi terbabit.

Advertisements

“Disebabkan itu masalah yang berlaku tergantung begitu sahaja. Saya tidak ada bertemu dengan mereka dan sebagainya.

“Saya tidak akan saman kerana tidak mahu menambahkan lagi masalah. Hubungan kami sudah agak renggang, masing-masing dalam keadaan tertekan mungkin itu sebab timbulnya cerita seperti ini,” katanya.

Faizal berkata, isteri memahami situasi yang berlaku dan dia okey sahaja.

“Isteri saya okay. Kalau hal-hal poligami, dia okay sahaja. Maksudnya, dia tidak menolak sepenuhnya dan saya pun, kalau betul-betul berpoligami atau ada isteri lain, saya terus terang dengn dia dan tiada masalah pun.

“Saya tidak berani cakap buat masa sekarang, akan datang kita tidak tahu. Orang kata orang yang selalu cakap, tak berani buat. Tapi, yang senyap-senyap itu tiba-tiba ada (berpoligami).

“Saya melihat balik kepada diri saya, mampukah saya? Memang, lelaki ini keinginannya tinggi. Tapi, bila fikir balik kemampuan kita, bukan sahaja dari segi batin, kita kena periksa diri kita adakah kita mampu adil dari sudut hati?

“Itu satu perkara besar sebenarnya. Walaupun kita bagi nafkah setiap bulan (wang ringgit), tapi hati isteri masing-masing macam mana nak jaga. Itu bukan senang dan satu benda yang sangat besar,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan