28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Radzi kongsi gambar blok Menteri, Timbalan Menteri hampir ‘0’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendedahkan begitu mudah untuk membuat cerita daripada sekeping gambar di dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian susulan terdapat pihak yang berkongsikan gambar di dalam Dewan Rakyat dengan mengada-adakan cerita tiga pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak hadir sesi parlimen pagi tadi.

“Hari ini ada yang kongsi gambar dalam Dewan Rakyat cuba buat cerita kononnya pemimpin PN, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak hadir sesi parlimen pagi tadi.

“Saya berada sebaris dengan mereka di dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri bahawa mereka hadir pagi tadi.

”Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat ni. Contohnya, gambar ini.

“Saya ambil gambar blok Menteri dan Timbalan Menteri pada jam 4.16 petang ketika Ketua Pembangkang sedang berbahas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Dalam gambar yang dikongsikan tersebut, kelihatan tidak sampai separuh mahupun suku ahli parlimen blok tersebut berada di kedudukan masing-masing pada masa berkenaan.

Bahkan, sekali imbas kelihatannya hampir kosong.

Perkongsian hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang menyatakan pendingin hawa di dalam Dewan Rakyat agak sejuk menjadi penyumbang keadaan di dalam gambar yang dikongsikan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan