29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketua balai polis meninggal dunia main sepak takraw

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Balai Polis Kuala Bera, Mohd Anuar Saian meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Pahang 2023 di Kompleks Rakan Muda Dong, Raub, Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, Mohd Anuar, 58, dikatakan rebah ketika berehat di tepi gelanggang selepas selesai perlawanan berpasukan acara veteran dalam kejohanan terbabit.

Menurut Ketua Polis Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, sejurus kejadian itu, ahli pasukan memaklumkan kepada pihak penganjur dan petugas kesihatan yang bertugas telah cuba melakukan rawatan awal termasuk bantuan pernafasan (CPR) namun beliau masih tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, Mohd Anuar telah dibawa ke Klinik Kesihatan Dong menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Advertisements

“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Dong Raub, Mohd Anuar masih dalam keadaan lemah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Zulkiflee, pihak doktor di Klinik Kesihatan Dong mengesahkan Mohd Anuar meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung kira-kira pukul 2.10 petang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan