31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

TMJ cabar buktikan gaji pemain JDT dibayar kontraktor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan kononnya gaji pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dibayar oleh kontraktor tertentu.

Sebaliknya pemilik JDT itu berkata, sumber kewangan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu diperoleh daripada penaja, duit poket TMJ sendiri dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri.

Tunku Ismail turut mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pemilik kelab lain untuk menyiasat dan memeriksa akaun serta pendapatan skuad Harimau Selatan berkenaan.

“Berkenaan tuduhan yang mengatakan kontraktor bayar gaji pemain-pemain. Saya menyeru SPRM atau mana-mana pemilik kelab yang berminat, boleh datang sendiri dan periksa serta audit kewangan JDT termasuk sumber-sumber pendapatan dan perbelanjaan.

“Duit JDT datang daripada penajaan, serta duit saya dan Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Advertisements

Tunku Ismail menjawab persoalan seorang penyokong yang bertanya apakah TMJ boleh terima jika penyokong dan pemilik kelab lain menuduh JDT tidak membayar sendiri gaji pemain sebaliknya dilakukan oleh kontraktor tertentu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, beliau sudah lali dengan tohmahan dan kata-kata negatif sepanjang 11 tahun terlibat dalam bola sepak tanah air khususnya ditujukan kepada JDT.

“Alhamdulillah, saya memang sudah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yang pertama saya tidak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak, tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT.

“Kami di JDT sudah biasa dengan perkara-perkara sebegini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan