25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KJ gelar Ab Rauf ‘King Rauf’, laksana Langkah Putin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar yang telah dipecat sebagai ahli UMNO menggelarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai King Rauf.

Bahkan, Khairy turut menyamakan pertukaran Ketua Menteri Melaka yang berlaku antara Ab Rauf dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu dengan Langkah Putin.

Menurutnya, Ab Rauf kini merupakan “orang kuat”, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu latar belakang Rauf… dan saya nak cakap Rauf ini ramai yg komen pasal kelayakan Rauf dan sebagainya… Rauf ni boleh dianggap rakan saya.

“…Rauf ini adalah seorang self-made politician, walaupun sekejap sokong yang ini, sekejap sokong yang itu, dia betul-betul bina diri dia dari bawah sehingga jadi KM Melaka, Nama dia King Rauf..” ujarnya.

Khairy berkata demikian melalui siaran podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Khairy juga mendakwa apa yang dilakukan Ab Rauf itu sama dengan langkah Putin.

“Putin masa dia tak boleh teruskan sebagai Presiden (Rusia), dia letak Dmitry Medvedev sebagai Perdana Menteri. Ini pun lebih kurang sama, sehingga aku ambil tempat tu daripada kamu.

“Rauf tunggu sehingga PRN berlaku, dia (Rauf) bertanding ADUN dan menang. Masa tu tak boleh letak Rauf sebagai Ketua Menteri sebab nampak sangat.

“Kita kempen Sulaiman (sebagai) Ketua Menteri, tak nak menguriskan hati orang Melaka dengan menukarkan Ketua Menteri,” katanya.

Advertisements

Malah dakwa Khairy juga, langkah itu dalam masa yang sama adalah bagi mengukuhkan kedudukan Zahid.

“Ahli Majlis Kerja Tertinggi majoriti orang dia (Zahid). Lepas ni dia nak pastikan Pengerusi Perhubungan (UMNO) dan Ketua Menteri adalah orangnya juga,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) sudah memberi isyarat jelas akan memasukkan wakil daripada Pakatan Harapan sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

“Sekarang ini UMNO ataupun BN dah beri isyarat melalui kenyataan Zahid dan Rauf bahawa mereka akan memasukkan wakil daripada PH, Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah konsensus yang sangat-sangat besar kepada PH sebab kita tak tengok PH di negeri-negeri mereka menawarkan BN untuk menjadi exco,” katanya.

Jumaat lalu, Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua, Tun Mohd Ali Rustam di dewan berkenaan

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan Sulaiman telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman dikatakan mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan itu disebabkan faktor kesihatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan