26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Polis kesan pemandu kereta langgar anggota polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang giat mengesan pemandu kereta yang terbabit kemalangan langgar lari membabitkan seorang anggota polis di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta Proton Saga pada pukul 4.19 petang.

“Siasatan mendapati, kereta dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit.

“Selepas kemalangan, pemandu kereta itu disyaki melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 atau 03-79662222.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan