24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5 negara ASEAN termasuk Malaysia calon kebaya ke UNESCO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA bersama empat negara termasuk Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand mengemukakan pencalonan bersama pakaian tradisonal kebaya ke Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi 2023.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, inisiatif itu diambil bagi meraikan warisan sejarah, menggalakkan persefahaman silang budaya dan pemakaiannya masih diamalkan komuniti di rantau ini.

Katanya, kesemua negara yang mengambil bahagian dalam pencalonan bersama itu terlibat dalam beberapa siri mesyuarat sejak awal 2022.

“Usaha ini adalah bagi memastikan kebaya dilindungi melalui penyampaian pengetahuan, usaha promosi dan usaha dokumentasi atau penyelidikan dengan sokongan negara-negara yang mencalonkannya dan juga komunitinya.

“Kebaya memberikan kita satu peluang mempromosi dan meraikan warisan kebudayaan yang ditemui di Asia Tenggara. Keputusan bagi pencalonan ini akan dimuktamadkan dalam sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage pada 2024,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

UNESCO di bawah Konvensyen 2003 bagi melindungi kebudayaan tidak ketara (WTK) amat menitikberatkan pencalonan secara bersama untuk menjadikan budaya sebagai platform persefahaman dan dialog bersama.

Ini sekali gus menjadikan proses penyenaraian sebagai peluang untuk kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam, Kristang) dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara di Asia Tenggara. 

Pakaian tradisional ini juga berkait-rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. 

Ini kerana terdapat komuniti pembuat dan pemakai kebaya aktif yang berkongsi serta menyampaikan ilmu dan nilai sosio-budaya kebaya dari generasi ke generasi.

Dalam pada itu, MOTAC berkata, Malaysia telah menjadi tuan rumah bengkel pertama yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada November lalu dan diikuti bengkel kedua di Jakarta pada Februari lepas. 

“Borang pencalonan telah dikemaskini dan diselaraskan sewaktu bengkel berdasarkan format baharu UNESCO dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi pegawai kerajaan, pakar dan wakil komuniti kebaya dari semua negara yang mengambil bahagian. 

“Satu bengel secara dalam talian telah dilaksanakan Singapura pada Mac 2023 bagi memuktamadkan kandungan borang pencalonan tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan