23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

Mesti Baca

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGC ICH) yang berlangsung di Asuncion, Paraguay hari ini.

Keputusan pencalonan Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity yang merupakan pencalonan secara bersama dengan Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataannya berkata, kejayaan itu menjadikan tiga pencalonan secara bersama atau multinational nomination telah berjaya diperoleh Malaysia.

Sebelum ini, memperoleh pengiktirafan menerusi pencalonan pantun bersama Indonesia pada 2020 dan Upacara Wangkang bersama China juga pada tahun yang sama.

“Pengiktirafan ini lebih bermakna apabila badan penilai UNESCO telah mengiktiraf dossier pencalonan kebaya sebagai contoh dossier pencalonan yang jitu dan berprestij bagi fail pencalonan bersama atau multinational file,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

MOTAC berkata, pengiktirafan itu meningkatkan visibiliti Malaysia di peringkat dunia sebagai negara dengan khazanah warisan kebudayaan tidak ketara yang berpotensi menjadi produk pelancongan serta menyumbang kepada ekonomi. 

Katanya, kejayaan itu adalah hasil usaha kolektif, termasuk kerjasama erat dengan anggota negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Singapura, dan Thailand, yang bersama-sama mempromosikan kebaya sebagai simbol warisan serantau. 

“Ia juga merupakan tanggungjawab bersama untuk memastikan warisan seni budaya ini terus dilestarikan bagi generasi akan datang,” katanya.

Kejayaan pengiktirafan kebaya sebagai warisan tidak ketara UNESCO itu juga hasil kerjasama strategik antara keluarga besar MOTAC termasuklah Jabatan Warisan Negara, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan Kementerian Luar Negeri. 

Ini juga mempamerkan kepimpinan Malaysia di persada dunia sebagai usaha untuk menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi 2025-2029. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan