Friday, June 12, 2026

32 jemaah umrah terkandas, lesen Al Aisy Travel dibatalkan

Syarikat itu gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia bagi 36 jemaah umrah sehingga menyebabkan jemaah tersebut terkandas di Madinah, Arab Saudi.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Aisy Travel & Tours Sdn Bhd mulai 31 Mac lalu kerana melakukan beberapa kesalahan berkaitan pakej umrah dan ziarah yang disediakan.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC dalam kenyataan berkata, antara kesalahan yang dilakukan termasuk gagal membuat tempahan terlebih dahulu bagi kemudahan penginapan dan pengangkutan di Madinah seperti dalam jadual pakej umrah atau ziarah.

Menurutnya, syarikat itu juga gagal mengikut jadual perjalanan pelancongan dan menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia bagi 36 jemaah umrah sehingga menyebabkan jemaah tersebut terkandas di Madinah, Arab Saudi.

“Tindakan syarikat ini membuktikan bahawa syarikat telah gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atas syarikat dan melanggar syarat yang dikenakan di bawah lesen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(a) dan (b) Akta 482.

“Menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan
kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(d) Akta 482.

Pesuruhjaya Pelancongan berkata, keadaan itu telah menimbulkan risiko keselamatan, tekanan kewangan serta gangguan perjalanan ibadah terhadap jemaah umrah.

Katanya, ini sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti dan integriti Syarikat serta merosakkan keyakinan awam terhadap industri pelancongan secara keseluruhan.

“MOTAC tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran peruntukan
undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan