Friday, June 12, 2026

Hampir 50,000 judul buku berdaftar dengan ISBN, ISSN

Daripada jumlah itu sebanyak 24,017 didaftarkan di bawah ISBN dan 245 ISSN pada tahun 2024 manakala sebanyak 23,485 ISBN dan 304 ISSN direkodkan bagi tahun 2025 lalu.

Mesti Baca

INDUSTRI buku negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 48,051 judul buku telah didaftar di bawah International Standard Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN) dalam tempoh dua tahun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu sebanyak 24,017 didaftarkan di bawah ISBN dan 245 ISSN pada tahun 2024 manakala sebanyak 23,485 ISBN dan 304 ISSN direkodkan bagi tahun 2025 lalu.

“Angka ini menjadi bukti jelas bahawa industri buku negara semakin rancak, dengan penerbitan bahan ilmiah dan bacaan umum terus berkembang seiring dengan permintaan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkembangan positif itu bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan industri penerbitan, malah memperkukuhkan usaha kerajaan dalam memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat berilmu, berdaya fikir dan berbudaya ilmu menjelang matlamat Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Aaron berkata, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Pusat Kebangsaan ISBN dan ISSN, terus memainkan peranan strategik dalam menyokong industri tersebut melalui penyediaan perkhidmatan piawaian antarabangsa yang memudahkan penerbitan, pengedaran serta pengiktirafan bahan terbitan di peringkat global.

“Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus memperkukuh
kerjasama dengan semua pihak termasuk penerbit, penulis, institusi
pendidikan dan komuniti dalam memastikan budaya membaca terus subur
dan menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Madani yang berilmu,
inklusif dan berdaya saing,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan