25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Persiap infrastruktur, sumber manusia terima pelaburan asing – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA kementerian dan jabatan diarahkan untuk mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan bagi menerima pelaburan asing ke negara ini.

Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anak tempatan perlu diberikan peluang menguruskan pelaburan yang masuk ke Malaysia bagi mengelakkan mereka tertinggal dalam teknologi dan latihan khusus.

Katanya, untuk itu, Kementerian Kewangan perlu mengenal pasti dan membantu menyelaras bagi mengetahui kekurangan bidang tertentu termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia.

“Kalau perlu peruntukan khas tambahan untuk beri latihan intensif. Jika tidak mereka (pelabur) terpaksa mengambil pekerja dari luar negara. Ini hal yang harus dipantau dan segerakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpuan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beberapa pelaburan yang diperoleh negara baru-baru ini termasuk RM170 dari China dan Amazon Web Services (AWS) meninggalkan kesan dalam pelaburan di negara ini.

Advertisements

Ini kerana kata beliau banyak negara telah menunjukkan minat untuk melabur ke Malaysia.

“Kalau hanya tunggu pelaburan, tetapi tidak siapkan jentera kemahiran dan infrastruktur, ini akan menjadi masalah. Bila mereka (pelabur) masuk, keperluan prasarana kian bertambah,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, pelaburan di Malaysia kian meningkat disebabkan sistem politik yang stabil dan dasar-dasar kerajaan yang jelas serta usaha awal pegawai kerajaan dalam menarik pelaburan sehingga membuahkan hasil yang begitu baik.

“Saya mengucapkan penghargaan, terima kasih, kerana apabila jentera penjawat awam itu dianggap telus dan cekap, jadi hasilnya itu baik. 

“Bila ada kesepakatan dari semua pegawai jabatan dan agensi, ini mempermudahkan dan melicinkan proses serta menyakinkan pelabur dan kemudian mendapat manfaat,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan