26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Jaringan lewat Keane bantu Everton ikat Spurs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MICHAEL Keane muncul wira Everton selepas menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan untuk memastikan skuad Toffes mengikat Tottenham Hotspurs 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi tadi.

Tuan rumah berpeluang di depan seawal minit kedua namun percubaan sepakan lencong Demaray Gray sedikit sipi melepasi gawang gol Spurs.

Harry Kane pula terlepas peluang meletakkan pelawat di depan pada minit ke-16 namun tandukkannya sedikit tersasar biarpun dia tidak dikawal.

Namun, skuad kendalian Sean Dyche itu kehilangan pemain tengah, Abdoulaye Doucoure yang dilayangkan kad merah pada minit ke-58 selepas pemain antarabangsa Mali itu didakwa menolak muka Kane ketika pergelutan yang berlaku di depan bangku simpanan.

Advertisements

Spurs yang dibimbing pengurus sementara, Cristian Stellini akhirnya berada di depan pada minit ke-68 menerusi kapten, Kane.

Penyerang antarabangsa England itu mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Keane menjatuhkan pertahanan, Christian Romero dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun, Spurs turut terpaksa dengan 10 pemain apabila Lucas Moura dilayangkan kad merah susulan terjahan kerasnya ke atas Keane pada minit ke-88.

Everton memanfaatkan situasi tersebut apabila Keane menjadi wira pasukannya meledak jaringan menarik dari jarak jauh menewaskan Hugo Lloris di gawang Spurs sekali gus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata di Goodison Park. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan