34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ab Rauf mula tugas hari pertama sebagai Ketua Menteri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memulakan tugas pada hari pertama di Seri Negeri selepas menjadi Ketua Menteri Ke-13 pada Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu yang memakai sut biru gelap mengimbas cap jari pada sistem kehadiran biometrik sebagai simbolik memasuki hari pertama di Pejabat Ketua Menteri.

Kehadirannya disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Maslina Baki.

“Alhamdulillah, tepat jam 7.33 pagi ini saya mula mengimbas cap jari pada sistem kehadiran biometrik sebagai simbolik memasuki hari pertama di Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri.

Advertisements

“Kehadiran saya disambut oleh YB Wira Datuk Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Maslina Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YBrs. Encik Badaruddin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); dan Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

“Saya kemudian memasuki pejabat sebentar, sebelum mendapatkan taklimat awal oleh Datuk Wira Zaidi di pejabat saya. Semoga hari kita dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya menerusi kiriman Facebook pada Isnin.

Pada Jumaat, Ab Rauf mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu dibuat bagi menggantikan menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang meletak jawatan atas alasan kesihatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan