29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Telefon bimbit dilarang bawa masuk ke mesyuarat

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELURUH kakitangan agensi negeri Melaka dilarang membawa masuk telefon bimbit ke dalam mesyuarat berkuatkuasa semalam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Larangan itu membabitkan mesyuarat bertaraf rahsia atau sulit yang dipengerusikan oleh Ab Rauf sendiri bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan terjaga.

Arahan tersebut dimaklumkan Rauf menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa.

Larangan tersebut merupakan salah satu dari empat pendekatan baharu yang dilaksanakan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 31 Mac.

Ketetapan lain adalah setiap mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah pada jam 8 pagi, setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, agensi kerajaan perlu memperdengarkan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada setiap Isnin jam 10 pagi dan mereka diarahkan berdiri hormat ketika lagu tersebut dimainkan.

“Ketika mengadakan perjumpaan pertama saya bersama Pegawai-Pegawai Kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, semalam, saya telah menggariskan beberapa perkara termasuk pendekatan baharu yang wajar dipraktikkan bagi melancarkan lagi pentadbiran ini.

“Ketetapan baharu ini juga adalah selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam dan memupuk rasa kecintaan kepada negara dan bangsa. 

“Sehubungan itu, saya telah arahkan agar setiap Jabatan mahupun Agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka melaksanakan perkara-perkara berikut berkuat kuasa mulai hari ini, 4 April 2023,” katanya.

Di samping itu, beliau turut mengajak kakitangan kerajaan negeri terus bekerja bersamanya untuk membawa era baharu pentadbiran negeri Melaka yang lebih dinamik, maju dan makmur. – Edisi 9 

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan