32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Melaka bakal bentuk Kerajaan Perpaduan – Rauf

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan Melaka bakal membentuk Kerajaan Perpaduan seperti yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Rauf juga memberi bayangan, pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan diumumkan tidak lama lagi turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok Pakatan Harapan (PH) melalui muafakat antara parti-parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ingin saya tegaskan, Kerajaan baharu negeri Melaka ini adalah sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil. Ianya adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

“Saya juga akan memastikan barisan EXCO yang akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Menurut ADUN Tanjung Bidara itu, beliau akan meneruskan segala perancangan dan pembangunan yang mesra rakyat untuk merancakkan aktiviti ekonomi negeri.

Advertisements

“Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang berniaga dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. 

“Pelan 100 Hari kerajaan baharu pimpinan saya akan merangka usaha ke arah menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan untuk Melaka.

“Melaka juga memerlukan infrastruktur, termasuk bekalan air, jalan raya dan digital yang lebih baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali atas segala khidmat sepanjang memimpin negeri Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 sejak Mac 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pearly-Thinaah tamatkan kemarau, juarai Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menjuarai badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan beregu China Liu Sheng Shu-Tan Ning...

Lagi Artikel Berkaitan