29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik 2023 dibuka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENCALONAN bagi Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu, Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal kini dibuka bermula semalam sehingga 2 Jun depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu terbuka kepada ahli akademik universiti awam berumur 44 tahun ke bawah.

Katanya, anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangan ahli akademik universiti awam yang mengangkat Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang bukan sahaja Sains Sosial malah Sains dan Teknologi dalam memartabatkan bahasa itu sebagai wahaya penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat.

“Menerusi penganugerahan ini, KPT terus komited dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan seterusnya menjadikannya kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sejak diperkenalkan pada 2012, KPT telah menobatkan sembilan tokoh akademik yang memartabatkan Bahasa Melayu.

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu
Pencalonan bagi Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah dibuka bermula semalam. – Foto: KPT

Sementara itu, bagi Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal pula diadakan bagi mengiktiraf ahli akademik di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Maklumat lanjut mengenai pencalonan itu boleh dilakukan di laman sesawang rasmi ATABM 2023 di pautan https://atabm.mohe.gov.my atau menerusi emel [email protected]. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan