33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Trio Arsenal ungguli anugerah bulanan EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta dipilih sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Mac Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara anak buahnya, Bukayo Saka pula buat pertama kalinya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Mac.

Arteta mencatatkan keputusan menakjubkan sepanjang Mac apabila menang kesemua empat perlawanan menundukkan kelab seperti Everton, AFC Bournemouth, Fulham dan Crystal Palace.

Pengurus berbangsa Sepanyol ini memainkan peranan penting dalam apabila memberi inspirasi kepada Arsenal untuk bangkit mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik menentang Bournemouth.

Dalam tempoh itu juga, The Gunners turut meledak 14 gol sekali gus utuh di puncak liga dengan kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City.

Sementara itu, pemilihan Saka bagi anugerah pemain terbaik tidak perlu dipersoalkan selepas pemain muda itu menjadi watak penting dalam kemenangan Arsenal sepanjang Mac.

Advertisements

Saka menjaringkan tiga gol dan mencipta dua bantuan jaringan sepanjang empat perlawanan tersebut.

Gol-gol Saka terhasil ketika menang 4-0 ke atas Everton dan dua lagi gol dicipta ketika aksi di London menentang Crystal Palace.

Pemain sayap ini mengenepikan saingan Alexander Isak, Alexis Mac Allister, Tyrone Mings, Mohamed Salah dan rakan sepasukan, Leandro Trossard untuk menang anugerah bulan tersebut.

Dalam pada itu, penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pula memenangi anugerah menyelamat terbaik bulanan.

Anugerah itu diberikan selepas Ramsdale melakukan halangan menakjubkan bagi menghalang pemain Bournemouth, Dango Ouattara daripada menjaringkan gol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan