27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Laporan OPR: Fahmi jumpa pengurusan tertinggi BH

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB) berhubung kekeliruan laporan mengenai mengenai Kadar Dasar Semalam (OPR) pada Khamis.

Kata Fahmi, beliau tidak mempunyai sebarang masalah mengenai laporan berita berkenaan namun hantaran yang dimuat naik media tersebut di laman Facebooknya menimbulkan kekeliruan.

“Alhamdulillah selepas solat Jumaat tadi saya berpeluang mengadakan pertemuan bersama Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, serta pengurusan tertinggi Media Prima.

“Ini berikutan satu hantaran FB BH mengenai OPR yang menimbulkan kekeliruan hingga menjadi fitnah yang tersebar luas. 

“Sebenarnya rencana itu sekadar memetik pendapat seorang penganalisis, dan saya tiada masalah dengan laporan ini. Tetapi post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan. Ini tidak benar dan tidak adil kepada Bank Negara dan Kerajaan.

“Pengurusan BH faham apa yang saya maksudkan dalam hal ini dan telah bersetuju untuk membetulkan post tersebut. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan di atas kerjasama ini,” katanya menerusi kiriman di Facebooknya.

Advertisements

Fahmi juga memberi perhargaan kepada pengurusan MPB atas kerjasama mengenai isu siaran berita itu serta bertukar pandangan mengenai beberapa isu melibatkan industri media.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan, turut memberi jaminan beliau akan mempertahankan hak kebebasan media.

“Kami juga sempat bertukar pandangan tentang isu kebebasan media, etika kewartawanan, serta cabaran ekonomi yang dihadapi industri.

“Saya hormati dan akan sentiasa pertahankan hak serta kebebasan media. 

“Namun teguran perlu dibuat jika wujud salah faham yang boleh menimbulkan fitnah, contohnya, apabila tajuk yang dipilih jauh maksudnya daripada isi kandungan sebenar,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan